Thursday 20 June 2013

Satu yang tak ternoktah.

Assalamualaikum,

Mengisi perjalanan dengan berteman,
Yang manis ku sisip yang keruh ku lempar,
Sungguh tiga tahun ku rasa hanya selama matahari menyinsing,
Sekejap dan seketika,
Samudera yang awalnya dulu tampak menggarang,
Tapi sudah kita belai bersama,
Kita menuju kaki gading,
Tak lama lagi akan bersua di puncak,
Bersama pasangan dan anak pinak,
Berkongsi memori yang seketika cuma,
Tapi menggamit memori untuk dikenang ke tua,
Memorabilia ini seperti madu,
Hanya lebah yang tahu manisnya,
Kita adalah setiap lebah itu,
Harapanku,
Kita semua sabar dalam berduka,
Bersenang dalam setiap geri,
Berdoa bahwa kelak masa menemukan kita,
Dalam suasana yang meriah,
Akhir kata,
Abjad-abjad ini mungkin hanya kusam,
Kerna aku tak mampu menyatukan abjad menjadi satu sinopsis memori,
Yang aku tahu setiap kita adalah kepingan 'puzzle' yang akan melengkapkan memori,
Sekian ku putuskan kata dengan koma,
Kerna ku tahu kita akan berusaha berjumpa semula,
Assalamualaikum semua.




















Kembali kepada pemberi kasih.

Segan silu membina rasa,
ungkapan seribu satu jiwa,
dipetik harmoni disiram kasih,
dibajai permata cinta.

Tiada hari yang tidak merindu,
Hadir nya dalam mimpi,
Membuatkan hari panjang sedih,
Tiada kiriman dari mu kini.

Setiap hari menagih kepulanganmu,
terbungkam perasaan di hati,
di tahan kerna tak mampu berbuat apa,
Hanya doa menjadi kiriman.

Sepanjang tempoh bersama,
Suka duka menjadi perkongsian,
tawa tangis kita berdua,
lelah bercinta sesama rasa.

Kini kita belajar,
yang manusia tiada kuasa tentukan jodoh,
sekuat mana ikatan akan terlerai,
Pengakhiran yang tak terduga.

Belajar memberi cinta pada yang Maha Esa,
Sebabnya dialah pemberi cinta kepada makhluk,
Nescaya akan dapat perkara yang jua tidak terduga,
Iaitu jodoh yang takkan tersangka.

Sekian.

Friday 15 March 2013

Lipatan masa.

Assalamualaikum,

Serinya pelangi selepas ribut,
Megah berwarna memeriahkan bumi,
Lintasan tujuh warnanya acap kali mendetikkan suasana indah,
Tapi bawahnya adegan hamis bertingkah mekar,
Manusia pedulikan,
Hanya sibuk meneliti diri dalam era mengkarung,
Hanyut dibuai ombak dikepalakan jerung,
Lelap mata hanya selepas penat,
Tiada masa meneliti sekeliling,
Kerjaya tentuan manusia di agungkan,
Tapi sampai bila badan harus berduka mengejar penat hasil nan tidak seberapa,
Usahlah terlampau taksub,
Kau diibarat mentari yang baru timbul selepas gelap,
Hujung dunia belum kau tahu di mana,
Pusing gasing juga ada penamatnya,
Kembalilah ke dunia yang nyata,
Sebelum yang di sekeliling pergi meninggalkan kau yang petah menegakkan benang nan basah.

Sunday 10 March 2013

Sabar menunggu masa.

Assalamualaikum,

Mudah untuk menyatukan abjad menjadi suatu ayat, tapi sukar untuk memahami ayat yang hati sendiri tak boleh tafsir. Sememangnya indah perkenalan, tapi beringat kerna setiap pertemuan pasti perpisahan menyusul. Sama ada kita yang rancang detiknya, ataupun keadaan menghimpit kelak. Jadi, seeloknya bersedih di awal perkenalan dari bersedih di akhir pertemuan. Doakan perpisahan di peringkat awal ini adalah bakal menjadi saksi pertemuan sah di gerbang mahligai insyaallah. Bersabarlah dalam berduka, beringatlah dalam berdoa, bersenanglah dalam setiap geri. Maafkan, ampunkan sungguh hati tidak sekuat fizikal. Tampak kuat hanya untuk menguatkan mereka yang memerlukan kekuatan. Semoga berjumpa di hari kelak, dalam suasana yang sungguh indah. Ini bukan janji, jua bukan harapan tapi sungguhnya ini usaha.

Insyaallah, Amin.

Thursday 28 February 2013

Puitis Fajar.

Assalamualaikum :)

Duhai fajar,
Bangkitmu mencerahkan dunia,
Seisi dunia menunggu timbulnya mu,
Kamu adalah penanda mula untuk hari-hari kami,
Tanpa mu kami celaru mencari cahaya,
Tanpa mu kami hilang dalam gelita,
Sungguhnya rugi kami melepaskan waktu itu,
Maka kami bergegas untuk menghargai waktu itu,
Sebelum hari tiba menghapus segalanya.

P/S: Selamat pagi :)

Leaving the orbit 1.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Cerpen 'leaving the orbit'

23 Jun 2010

Tappp! Tappp! Tappp! bunyi jari jemari menekan keyboard, persekitarannya langsung tidak dipedulikan. Kala itu hanya dia dan laptop sahaja seolah-olah wujud dalam dunia ini. 'Mad, slow lah sikit menaip tu mau pekak telinga aku dengar bhai', kata ijat membengis. Teguran ijat hanyalah sekadar lalu ditelinga, langsung tidak diendahkan oleh Mad. Mad merupakan seorang pelajar jurusan syariah di sebuah kolej sekitar tambun, manakala ijat pula adalah rakan sebiliknya yang mengambil jurusan perbankan. Mereka ini berkawan sejak kecil dan rumah mereka berdua sepelaung sahaja jauhnya. 'Mad, mad. Facebook jelah keje kau pastu add entah sape2', kata Ijat sambil membakar sebatang rokok. 'Alah, aku add budak kolej kite je pun', balas Mad. Mereka berdua ni memang rapat, kalau bergurau memang lepas tapi tiada kata yang terlekat di hati. Bak kata orang putih, ' no hard feelings'. Mad ni perwatakannya halus, datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan agama yang kuat, kacak, tinggi, kurus melidi, dan sungguh malu khasnya pabila berhadapan dengan wanita. Dalam diam, mad mempunyai ramai peminat walaupun baru memasuki kolej berkenaan. Malu-malu Mad ni, depan perempuan sahaja tapi kalau di facebook dia lah paling rancak. Taktik dia untuk mengurat hanyalah dengan menggunakan facebook, kerna dia tahu dia tidak akan dapat menyebut 'hai awak, boleh kenal?' secara berdepan. Ijat ni pula perwatakannya sedikit berbeza daripada Mad. Ijat merupakan seorang yang banyak bercakap, sedikit rendah, berkulit sawo matang dan sangat kurang berlaman sosial. Kalau Mad pemalu, Ijat ni langsung tak malu. Dia boleh tegur perempuan cantik yang lalu, siap boleh minta nombor lagi. Kalau mereka jalan berdua, selalunya Mad akan memperlahankan langkah sebab malu dengan gelagat Ijat yang suka menegur perempuan cantik.

1 Ogos 2010

Petang itu sungguh redup, angin dari tasik kolej menghembus muka mereka berdua. Masa itu tetiba raut muka Mad berubah, air matanya mengalir membasahi pipinya. Lantas ijat mengusap kepala Mad, dia tahu Mad terkenangkan bekas kekasihnya di sekolah menengah dahulu. Ceritanya begini, ada seorang wanita yang pernah singgah dihati Mad selama 4 tahun dahulu. Namanya Sumayyah Binti Mokhtar, nama ini tidak akan pernah dia lupakan sampai bila-bila kerana Sumayyah adalah cinta pertamanya. Semasa di tingkatan 2, suasana ketika itu ala-ala pantai dalam drama 'Ombak Rindu'. Masa itu, Mad berjalan melalui kelas 2 Berjaya untuk pergi ke tandas. Angin yang kuat tadi menolak rambutnya ke atas ke bawah, Mad merasakan seolah olah ketika itu dia adalah selebriti korea. Sungguh bergaya. Tiba-tiba, tengah Mad berperasaan itu meluru laju Sumayyah keluar dari kelas dan terjelepok dihadapannya. Sumayyah memandang mukanya dengan pipi yang merah. Sungguh Mad tahu dia dalam keadaan yang memalukan lantas Mad berlalu pergi. Melangkahnya masuk ke dalam tandas, Mad terus meluru ke cermin dan tersenyum seorang diri memikirkan kejadian tadi. Sebenarnya hatinya telah luruh buat pertama kalinya dalam sejarah. Keesokan harinya, Mad meminta pertolongan Ijat yang kebetulan sekelas dengan Sumayyah untuk mengirimkan salam. Biasalah cinta monyet, main kirim-kirim salam sahajalah. Pada waktu rehat, mereka terserempak lagi kali ini pula ketika ingin membeli makanan di kantin. Tapi tiada respons dari Sumayyah, senyum pun tak terukir darinya. 'Biasalah tu, malu kot', kata Mad bermonolog sendiri sekian membeli makanan. Sebenarnya, dia hanya ingin menyedapkan hatinya sendiri. Kebesokannya, Mad mencuba cara yang lebih drastik dalam usaha mengurat Sumayyah. 3.40 petang, Mad menunggu di laluan balik Sumayyah untuk memberikan sebungkus air sirap. Pada masa itu, apa yang difikirnya air sirap itu boleh menambat hati perempuan mungkin tapi andaiannya meleset. Air itu ditolak mentah-mentah oleh Sumayyah. 'Ya Allah malunya, aku nak berhenti sekolah. Maluuuu!', rungut mad pada ijat. 'Tulah kau, bagi air. Kau ingat sumayyah tu ape, dia "high taste" kot', balas ijat. Tapi Mad bukanlah seorang yang mudah berputus asa, dia bercadang untuk membelikan hadiah hari jadi pula. Kebetulan, hari lahir Sumayyah semakin dekat ketika itu.

Hari yang dinantikan, Mad memberikan hadiah yang dibungkus rapi melalui teman rapat Sumayyah ketika itu iaitu Putri. Selang keesokan harinya, Mad ingin mendengar respons Sumayyah. Dia pergi berjumpa Putri untuk bertanyakan. "Positif? yehuuuuu!", teriak Mad bagai orang gila. Ada surat yang dikirim Sumayyah untuk Mad, bertulis begini.



Assalamualaikum,

Sebenarnya, saya bukan taknak berkawan dengan awak. Saya malu, saya tak pernah rapat dengan
mana-mana lelaki sebelum ni. Tapi bila saya tengok kesungguhan awak, saya kaji sikit latar belakang awak. Saya sudi berkawan dengan awak, dengan syarat taknak jumpa2 lepas berkawan. Kita main kirim-kirim surat je. Janji? Kalau awak setuju, awak angguk sekarang. Putri saksi depan awak tau. Apa pun, selamat menjadi rakan lelaki saya yang pertama dan terima kasih hadiahkan gelang. Cantik sangat :)

Mereka menjadi begitu rapat selepas itu dan menyulam cinta dan sayang secara senyap. Mereka suka antara satu sama lain, tapi tak pernah nak nyatakan cuma hanya merasakan. Selepas 4 tahun belajar di sekolah yang sama, mereka berpisah juga akhirnya kerana keputusan SPM Mad tidak sebaik Sumayyah. Mad hanya dapat menyambung pelajaran di kolej swasta manakala Sumayyah menyambung pelajaran di salah satu universiti tersohor di Malaysia. Minggu pertama di kolej, mereka tidak berhubung sehinggalah minggu ketiga. Mad mendapat mesej bahawa Sumayyah ada berkenalan dengan seorang lelaki di sana dan meminta izin untuk mengundur diri dari hidup Mad. Air mata untuk perempuan tidak pernah mengalir hari itu, mengalir deras. Kemudian datang lagi satu mesej dari kawan rapatnya ketika di sekolah menengah dahulu iaitu razak. Mesej bertulis begini:

"Assalam mad, aku dengan sumayyah dah jadi rapat kat sini sejak kiteorang satu uni. Kiteorang dah luahkan perasaan masing2 dan aku nak mintak izin ambil sumayyah dari kau. Aku minta maaf sangat2."

Razak merupakan kawan rapat mad ketika di sekolah, malah duduk bersebelahan mad di dalam kelas. Dialah tempat mad bercerita tentang Sumayyah, dan segala-galanya. Pada ketika itu, Mad membalas mesej razak dahulu bertulis:

"wasalam, yeke? Takpelah razak, anggaplah takda jodoh aku dengan dia. Jaga Sumayyah baik2 ya. Aku doakan yang terbaik. "

Dalam hati sebenarnya meraung, air mata jatuh tak berhenti. Sungguh sakit menipu perasaan, tapi demi kawan dan sumayyah dia korbankan asalkan orang yang dia sayang gembira. Selepas itu, dia membalas mesej sumayyah, dengan menulis:

"Waalaikumsalam Sumayyah, benar saya terkejut dengan mesej awak tadi. Saya tau hari-hari macamni akan datang, tapi jangan risau saya ok. Awak dengan Razak jaga diri. Terima kasih untuk memori ya. :) Assalam.

Makin berguguran jatuh airmata Mad. Masa itu, ijat sahaja yang berada dalam keadaan itu. Dibiarkan Mad menangis sehabis mungkin, kerana dia tahu perit apa yang Mad lalui. Mad seorang yang kuat, tapi dia akan nangis disebabkan wanita yang disayanginya. Setelah reda, perlahan Ijat datang menarik tilam untuk baring di sebelah mad. Ternyata Mad mahu berseorangkan ketika itu, tapi Ijat kuatkan diri untuk menemani sahabat baiknya itu. Tiada lagi khabar dari sumayyah dan razak, setiap hari mad menunggu khabar dari sumayyah tapi ternyata hampa. " dahlah mad, takyah fikirlah benda dah lepas", tegur ijat. Mad terjaga dari termenung ke arah tasik lantas mengesat air matanya. "Aku takbolehlah angin sepoi macamni, sunyi pulak tu, buat aku terkenang je haishh" respon mad. "Aku bukan tak kenal kau mad oi, jom balik parcel dah nak gelap ni", ajak Ijat. Mereka berjalan pulang ke parcel sambil bergelak ketawa. Biarlah kesedihan itu kekal lama, kerana tidak akan ada kesedihan untukmu lagi selepas ini.

P/S: Maaf kalau cerita tak sampai ke penghayatan, baru belajar menulis hehe. Cerita akan disambung dalam 'leaving the orbit 2' kelak.